Majlis Perasmian Nadi Pilah
24 Februari 2025 | Aktiviti Terkini23 Februari 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NADI Felda Pasoh 3 telah mengikuti Majlis Pelancaran NADI Pilah, Kuala Pilah. Majlis ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Antara pengisian aktiviti adalah booth jualan usahawan NADI, booth KDB, taklimat NADI, taklimat SAFE & SHIELD, saringan kesihatan, Tiny Techies Microbit/Robotik bagi pelajar sekolah rendah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Noorzunita Begum Binti Mohd Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Pilah). Setelah selesai sesi perasmian, telah diadakan sesi bergambar dan sesi lawatan ke booth usahawan NADI. Secara Rasminya NADI Pilah telah beroperasi dan semoga bermanfaat kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: